Monday, October 13, 2014

Two weeks left...

Salam.

After a long pause with no update, so here's a quick update. Cause its too late right now. Need to sleep. Hehe.

Yeah! Two weeks left for me before i start my new chapter of life as a houseman at Hospital Tawau. These few weeks, i am busy settling everything before i start my work soon. Alhamdulillah. Almost everything had been prepared.

- Insyirah's pengasuh checked!
- medical check-up checked!
- find new house to move in later checked!
- new spectacle half way to go!
- baju batik on the way!
- driving liscence checked!
- practice driving alone checked! Haha (must mention jgak ke?)
- akuan sumpah checked!

And many many others. Fuhh! Yang belum checked! lagi mungkin my knowledge about medicine. Ahhh.. Its been a year already (almost actually). Hehe. My brain need to be polished back. Semua dah lupa. I just hope that everything will be as smooth as smoothie. Slurppp... Haha.

Ok, my PTM (induksi) will be on 27th October 2014. Waaaaaa... I feel like screaming out loud! Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini.



#throwback at Kundasang Heritage Resort & Spa (Perkasa Hotel)

Tuesday, September 9, 2014

Resepi nasi goreng butter

Hari ini (09092014), aby xbalik rumah sebab terpaksa bermalam di Semporna sebab aby kena jadi pengawas peperiksaan UPSR selama tiga hari. SK Bukit Lalang kalau xsalah ibu. Sekolah tu nak pergi kena naik bot. Kalau aby nak bertolak dari rumah (Tawau), memang aby kena gerak awal dari rumah. Pukul 5 pagi dah kena gerak dah. Ibu kasihan tengok aby, jadi ibu redhakan aje walaupun dalam hati ni takut macam2. Eh, melalut pulak! Sorry! Hee..

So, alhamdulillah Allah takdirkan insyirah tidur untuk bagi ruang ibu memasak makanan tengah hari (kind of petang actually). Ibu terasa nak makan nasi goreng butter. Senang. Insyirah pun boleh makan. Xperlu ibu nak kena masak asing2. Because i have a limited time. Macam time-bomb gitu! Yela, kalau insyirah dah bangun nanti memang xmakan la kita jawabnya. Dah la aby xde. So, Alhamdulillah elok selesai ja masak, insyirah mai jenguk kat pintu dapur (dia bangun dah!). Bau ibu masak sedap la tu sampai terbangun! Haha. So, here goes the recipe..

Bahan-bahan :

- nasi putih
- bawang besar (sebab mmg kt rumah xbeli bwg merah, ghenyah nak kupas)
- bawang putih (dicincang)
- butter/mentega/planta (3 sudu besar)
- ayam dipotong dadu
- telur (2 biji)
- carrot potong dadu
- kacang panjang dipotong kecil2
- serbuk lada putih
- garam

Cara-cara :

1. Masukkan mentega, selepas cair tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan ayam.
3. Masukkan carrot dan kacang panjang.
4. Masukkan telur dan kacau sehingga jadi macam scramble egg tu.
5. Masukkan nasi. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan serbuk lada putih dan garam. Siap!

Mudahkan? Selamat mencuba!!

P/s : resepi ni ditulis dengan simple, pendek, dan ringkas. Faham2 sendiri la kan, kalau lepas masukkan ayam tu tunggu la agak2 sampai dia masak baru masuk sayur2. Hehe. Sukatan pun ikut sesedap rasa je. Ok? Terima kasih kerana membaca! Oh gambar xsempat nak snap sebab perut terlalu tidak sabar minta diisi. Mintak mahap la ye.

Wednesday, August 27, 2014

Hadiah ibu untuk aby

Alhamdulillah. Yeay! Barang dah sampai. Waterproof case aby dah sampai. Cari punya la cari pusing satu Tawau (padahal satu mall Servay Jaya tu je) cari Waterproof case ni, tapi tak ada satu pun kedai yang jual. Akhirnya, bukak la "kedaionline". kedai mana lagi kalau bukan dekat instagram. Haha. Cari punya cari, nampak boleh percaya, order la satu! Haha. Ibu beli waterproof case ni dekat ig @ameksstudio. xingat sangat the exact spelling. sorry kalau tersilap. Dalam kepala ingatkan kedai dia ni kat Kay El la u know. haha. Sebab mcm ramai giler follower. Bila amek barang kat Poslaju tengok2 tup2 kat KK aka Kota Kinabalu, Sabah bha. Di centre point. Punyala dok ingat kat sabah ni xdak orang jual natang ni. hekhek. ok. Thats it! Lepas ni bolehla kita selfie2 dalam ayaq laut gitew kan aby kan? because selfie with food is too mainstream. Lets selfie with the fish plak. haha. Okeh. Nin dia casing tu. RM50 termasuk pos.


Sunday, July 13, 2014

Resipi Kuih Qasidah

Salam ramadhan semua.

Alhamdulillah. Dah separuh bulan kita berpuasa. Beberapa hari lepas teringin nak makan kuih Qasidah. Dah lama tak buat. So, google lah resipi, dan terjumpa satu resipi ni yang banyak blogger pakai and tulis dekat blog diorang. So, cubalah resipi tu dan alhamdulillah jadi! Dan husband and jiran pun puji kata sedap. Alhamdulillah, seronok bila orang suka apa yang kita masak kan? Hehe. Ok, here goes the recipe,

Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 6-7 sudu besar gula
- secubit garam (sikit je)
- air kapur (cair) *saya xguna pun. Sebab xde.

Cara :
- campurkan semua bahan2 di atas dan masakkan di atas api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk mengelakkan tepung berketul dan supaya ianya sebati. Jangan berhenti mengacau. Kacau sampai pekat dan berkilat. Memang boleh kuruskan tangan kalau buat kuih Qasidah ni. Bila dah masak tuangkan ke dalam loyang atau bekas atau yang sewaktu dengannya.

Untuk toppingnya pulak, chewwah!! :
- Gorengkan 5 biji bawang merah yang telah dihiris nipis dengan 5 sudu minyak masak. Masak sehingga jadi bawang goreng. Kaler coklat, jangan sampai hangus pulak ye. Dah masak, tuangkan atas adunan tepung dalam loyang itu tadi bersama-sama minyaknya. Biarkan ia menyejuk. Done!

Mudahkan? Selamat mencuba!~


Tuesday, June 24, 2014

Kax. Ape tu?

Salam.

Hehe. Just a short update! Saje nak tulis sebab xboleh tidoq, perut lapaq, badan malas nak bangun, kaki malas nak jalan turun bawah.

So, semalam ibu ada latihan memandu kt IMC (institut memandu cemerlang). Dah bawak g jalan raya. Oh oh syoknya! Dalam hati tgh control and fokus je sebab bawak keta dekat jalan raya. Huhui.. Best jgak rasanya! Yela, best kalau tahu jalan. Xtahu jalan, sesat, stress saja! Ibu bawak keta ni xleh lebih sejam dah hilang fokus and xlarat dah. Haha. Apo la. Ngade betui! Cikgu Omar kata kat ibu, "ini kena jogging selalu ni." Bila dia tgk ibu dah penat xlarat bwk keta. Kui3. Nampak sgt x energetic. Phew =.='

So, after latihan memandu aby pegi celcom. Wat ape? Haaaa... Dari malamnye lagi aby dah berkobar2 pasang niat nak g tebus hadiah patung kax ni haa.. Bukan main lama nak tebusnya pun. Ponek ibu tunggu dalam kete. Syirah tdo atas ibu. Akhirnya dapat la dua ekoq kucing. Sekoq kaler biru sekoq kaler pepel. Pakau jersey German n italy. Demam bola jugak kucing ni ha.. Aicehh..

Ni le ghupenye kax tu. Besor.jugak ghupenye. Ingatkan besaq keychain je. Huhu. Rezeki2.. Rezeki toys baru utk syirah la.. Mia Kax and Joey Kax!

Sunday, June 15, 2014

2 in 1

Salam.

Semalam 15/6/2014 merupakan satu tarikh melibatkan dua peristiwa penting. Chewwah! Penting la sangat. Xde. Kebetulan jatuh pada hari yang sama. Ok. What whas it?

- ulangtahun kelahiran ibu yang ke? Berapa eh? Erm jap nak kira... 2014-1989 = 25. YES... 25 years. Alhamdulillah

- keduanya, hari final exam master degree aby. Yeay!! Congrats aby! Semoga nanti insyirah rajin belajar mcm aby ye. Jangan jadi mcm ibu. Ibu kurang rajin sikit dari aby. Hehehe...

And today, bini kedua aby dah sampai.. Hukhukhuk... Nak tengok xrupa dia? Ni dia....

Thursday, June 5, 2014

Before my memory lost..

Sebelum terlupa, sebab memang selalu terlupa dan akan lupa... Nak coretkan dekat sini nama doktor yang sambut kelahiran husna insyirah di Mesir on 8th july 2013.. Dr.Nehad namanya.. Bersama2 anak perempuannya.. Both of them O&G.. Sangat2 baik kedua2nya.. Keramahan mereka membuatkan ibu selesa lahirkan insyirah di sana.. Saat2 cemas bertukar menjadi tenang... Disuruh ibu mengikut bacaan2 doa yang dilafazkannya sebelum memulakan proses csec.. Diulang beberapa kali.. Kalau nak ceritakan semuanya amatlah panjang... Alhamdulillah selamat semuanya.. Nanti insyirah dah besar boleh la ibu ceritakan semuanya.. And now, lagi 2 hari insyirah 11 bulan.. Membesar dan melihat perkembangan insyirah membuatkan hidup2 lebih bermakna dan bahagia.. Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan cahaya mata qurratu ain kepada kami suami isteri..