Thursday, December 12, 2013

10 Tips for your child psycological development

Bismillah.

For this first entry after welcome back post, i would like to share some tips that you can apply to your child especially those from 0-3 years which are quite important yet beneficial for your child psychomotor development. Found it when i was reading from someone's blog. Here's the link. Hope you enjoy!

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh dan main guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak


2. Dont expose them too much to things in a box.

"Things in a box" like TV, Ipad, Tab, phone, games, etc. Yang ni paling ngeri. Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr. Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam xnormal. xtahu nak describe macam mana.

Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi cmtu? Sebab too much exposed to computer light and touch screen gadget!! So scary. Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan. Mak dia exposed budak tu main Ipad sejak lahir tau T_T. Aku borak dengan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.

Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. Sebab xde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la, kan? Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan xde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan Ipad 24/7! Hamik kau! Aku dengar pun mcm nak baling lesung  batu je kat mak dia. ;D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni. Sebab aku pun selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat Ipad. hehehe. So, ini jawapan Dr. Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (Ipad, TV, phone). But, make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and Ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, 'Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends!' Sentiasa interact dengan dia while watching."

"Its a good sign when he wants to watch Ipad, he asks you to join hm. But bad sign when he doesnt want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa Ipad , TV, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr. Sherine,

Bila kita tengok Ipad contohnya, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan 'rolling' oleh mata. So, bila too much Ipad, that means no eyes nerves stimulation. So, lama-lama pandangan anak tu tak luas. So, brain dia pun xboleh berfikir dengan luas dan kreatif. So, parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How meh?

Bawak anak ke luar rumah, look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk aeroplanes. Bawah, tunjuk grass, flowers, etc. Kalau xboleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash card ABC tu. Layangkan flash card dari pelbagai sudut dan sisi (atas, bawah, kanan, kiri dsb). Dengan cara ini, automatik ada 'rolling' eyes movement. So, bila ada pergerakan mata cmtu, saraf mata dirangsang dengan baik. So, brain development pun berlaku dengan baik.


3. Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ini adalah kebolehan mengikut atau meniru apa saja perkara yang dilihat di sekeliling. Contohnya kalau anak nampak kita clap hands, dia pun turut ikut clap hands. Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitaion skills. So, vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude, cara berfikir pun imitation skill dan semua-semua ni pun related to brain development.

So, parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni :
- Say a word dan suruh anak ulang (repeat after you)
- Lukis satu simple drawing dan suruh anak tiru
- Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru
- Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut
- Nyanyi satu lagu dan suruh anak ikut nyanyi
- Dance mengikut muzik dan suruh anak tiru step yang kita buat
- Buat satu pergerakan macam merangkak, melompat, mencangkung, bergolek dan suruh anak buat sama

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak adalah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, bayi yang mengalami fasa merangkak yang lama dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding bayi yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).


4. Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam ABC 123 blocks, vehicles, colour blocks, etc. Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus, boleh belajar sambil bermain. Dr, Sherine kata, avoid belikan mainan yang tak realistik seperti barbie doll, superheroes dalam TV, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak Macam xelok sangat la kan.


5. Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak kita, better cakap, "Elephant!' bukan "That is elephant!" atau "Wow did you see that big elephant?". haaa begitu!

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so, boleh la ajar sentence dengan adjective pulak. Contohnya, "Tall giraffe. Big elephant, Beautiful butterfly, Yellow bird." Avoid guna perkataan "The, This, That, And, With etc." Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap kena slowly and repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh, "Eat" bukan "Come and eat" atau "You must eat". "Sit" bukan "Come and sit beside mama.." By time, budak tu akan cepat recognize which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.


6. Kalau budak takut dengan strangers. Ask them to hi-5. Avoid salam, hug, or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doktor/nurse yang asyik cucuk or bagi ubat. So, bila jumpa strangers mana-mana pun, dia expect orang tu akan buat apa2 kat dia. So macam fobia cmtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine suggestkan, bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, suruh orang tu hi-5 dengan anak kita tu. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak peluk cium salam anak kita kan? Menurut Dr. Sherine, hi-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentality anak within seconds. Bila kita hi-5 akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu. Gitew ;)


7. Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Contoh kalau anak main marker pen, conteng satu rumah! Instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah. INGAT, anak tu sedang explore his world, bukan saja-saja nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia xabsorb pun apa yang kita nak sampaikan.

8. Overly-attached to one person is not a good sign


Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So, itu petanda xbagus. Something wrong with his self-esteem. So, kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially with family members.


9. Bila bermain, follow his interest.

Kalau anak kita nak main ball, jangan tetiba korang ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Gitew. Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul2 interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak minta nak main benda bukan2.


10. Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak jawab cam mana, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita kena bagi pilihan jawapan kepada anak. Contoh macam kalau kita tanya, "Kenapa Haikal menangis?" Tapi Haikal diam je, mungkin sebab tak tahu nak describe or jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, seperti,

"Haikal jatuh?" "Haikal sakit perut?" "Haikal nak ikut papa pergi kerja?" "Haikal bosan?"

Itu contoh. Even if dia respon dengan sekadar mengangguk je pun dah memadai. At least soalan dah terjawab. Dan lama-lama nanti dia tahu la nak jawab macam mana if soalan sama diajukan di masa akan datang.

Tips-tips ni adalah daripada Dr. Sherine, Development Psychiatrist from Hospital Gleneagles, Penang. But of course semuanya berlaku dengan izin Allah. We as parents should have try to read and get some knowledges and information too to keep tracking and monitoring our child development progression. Our child milestone. Part usaha doa tawakkal kan tugas kita. InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita. Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha. ;)


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment