Tuesday, December 17, 2013

I think she's ready..

Bismillah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Seronok melihat perkembangan anak membesar dengan sihat, aktif dan comel sekali. Hehe. Sedih pun ada sebab tak dapat bersama-sama membesarkan dan menjaga insyirah. Banyak perkara pertama yang insyirah buat yang xdapat ibu lihat secara live. Tahu-tahu je dah pandai menyembang, tahu-tahu je dah pandai nak meniarap, dan xlama lagi ibu akan terlepas scene insyirah's 1st semi solid food!! Sorry sayang. Ye, rasanya dah sampai masanya untuk insyirah start belajar2 menelan. Bulan depan dah 6 bulan. Sekarang kalau tengok orang makan, insyirah sendiri sudah menunjukkan minat iaitu tangan menggapai seperti nak ambil makanan, kaki nak melompat2, mata asyik tenung je tengok orang mengunyah, dan juga 'menggelupur' tengok orang makan. Haha. Anakku.. Lagipun dah nampak dia boleh duduk (supported) and boleh control kepala.. Fasa 'pop leleh' pun dah macam hilang je. xde dah air liur meleleh lagi dah. This is a sign that she can swallow her own saliva already. right?

Sebenarnya kalau boleh hari2 nak update, tapi semua bergantung kepada masa dan juga mood laptop 'usang' neyh. Sooo slow meh. Rasanya dah 7 tahun kot usia laptop DELL kesayanganku ini. Orang lain dah berapa kali tukar da. Mujur tengah winter, xde la asek kena 'syncope attack' je. haha. Alhamdulillah. Ni lah hadiah abah yang pertama yang buat aku terkedu dan terkejut dan excited masa kat matrik dulu. "Abah nak order laptop kat I and kak IM ni, nak kaler apa?" Wahh!! Really? trettt....... dah2!! xpayah la flashback banyak sangat, kang xpepasal post ni panjang berjela. ade ke yang larat nak membaca kau membebel ni? 

Insyirah tunggu ibu balik ye. Ibu xsabar nak buat makanan untuk insyirah. Sungguh penantian suatu penyiksaan. So, please stop countdown! Biar masa berlalu sampailah..... Eh, esok dah nak naik flight balik Malaysia. Yeh! yeh! yeh! Mommy is coming baby! huhu :) Ya Allah permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratku. Ameen.

gambar sewaktu lahir

penuh 1001 cerita
you're such a strong baby!
love you till my last breath

No comments:

Post a Comment