Hari ini (09092014), aby xbalik rumah sebab terpaksa bermalam di Semporna sebab aby kena jadi pengawas peperiksaan UPSR selama tiga hari. SK Bukit Lalang kalau xsalah ibu. Sekolah tu nak pergi kena naik bot. Kalau aby nak bertolak dari rumah (Tawau), memang aby kena gerak awal dari rumah. Pukul 5 pagi dah kena gerak dah. Ibu kasihan tengok aby, jadi ibu redhakan aje walaupun dalam hati ni takut macam2. Eh, melalut pulak! Sorry! Hee..
So, alhamdulillah Allah takdirkan insyirah tidur untuk bagi ruang ibu memasak makanan tengah hari (kind of petang actually). Ibu terasa nak makan nasi goreng butter. Senang. Insyirah pun boleh makan. Xperlu ibu nak kena masak asing2. Because i have a limited time. Macam time-bomb gitu! Yela, kalau insyirah dah bangun nanti memang xmakan la kita jawabnya. Dah la aby xde. So, Alhamdulillah elok selesai ja masak, insyirah mai jenguk kat pintu dapur (dia bangun dah!). Bau ibu masak sedap la tu sampai terbangun! Haha. So, here goes the recipe..
Bahan-bahan :
- nasi putih
- bawang besar (sebab mmg kt rumah xbeli bwg merah, ghenyah nak kupas)
- bawang putih (dicincang)
- butter/mentega/planta (3 sudu besar)
- ayam dipotong dadu
- telur (2 biji)
- carrot potong dadu
- kacang panjang dipotong kecil2
- serbuk lada putih
- garam
Cara-cara :
1. Masukkan mentega, selepas cair tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan ayam.
3. Masukkan carrot dan kacang panjang.
4. Masukkan telur dan kacau sehingga jadi macam scramble egg tu.
5. Masukkan nasi. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan serbuk lada putih dan garam. Siap!
Mudahkan? Selamat mencuba!!
P/s : resepi ni ditulis dengan simple, pendek, dan ringkas. Faham2 sendiri la kan, kalau lepas masukkan ayam tu tunggu la agak2 sampai dia masak baru masuk sayur2. Hehe. Sukatan pun ikut sesedap rasa je. Ok? Terima kasih kerana membaca! Oh gambar xsempat nak snap sebab perut terlalu tidak sabar minta diisi. Mintak mahap la ye.
No comments:
Post a Comment