Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Resepi Chocolate Walnut Brownies

salam readers,

dah lama saya xupdate blog ni, rindu sangat dah nak menaip kembali dan aktif berblog mcm dulu. tapi selalu je xde masa, xsempat. xpe lah. lepas ni kalau de masa tu saya update. bukan tujuan menulis ni untuk org baca pun tapi kalau ade org baca pun boleh bha, cuma blog ni untuk catatan untuk di baca di masa akan datang. huhu. janji xnyanyuk la. kang terlupa address URL blog xboleh jugak nak membaca ye dop? hehe.

kelmarin saya teringin sgt nk makan brownies. tak tahulah kenapa kebelakangan ni terasa nak makan macam2. pulut durian la, cucur cempedak goreng la, pulut serimuka la, teringin plak yang susah nak dapat kat sini pulak tu. pehh. memang terliuq saja la tgk gambar. haha. so, dah teringin brownies so buat la brownies. ada terjumpa resepi yang paling mudah guna 3 bahan je tu. tapi itu nutella brownies la. kat rumah xde nutella. mls nk kluar beli. so gugel resepi yang lain. terjumpa la satu resepi ni. try aje la. buat2 alhamdulillah sodap! sambung makan harini, bertambah sedap! haha, bila dia da xpanas n sejuk sket lagi bertambah sedap dia rupanya! huhu. suami pun asyik ulang masuk dapur je. keh3.

ok, jom kita tengok resepinya ye.

Bahan-bahan

1 cawan unsalted butter
1 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan gula
4 biji telur (suhu bilik)
2 sudu teh vanilla ekstrak
1 1/4 cawan tepung all purpose (saya guna tepung gandum je)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan walnut (toasted)
*saya tambah chocolate chip jugak

Cara-cara

1. panaskan oven pada suhu 175 celcius dan griskan loyang siap2 (saya guna 8inch but better guna yg lebih besar sikit)
2. cairkan butter dan tuang dalam mangkuk besar. ayakkan serbuk koko ke dalam butter dan kacau. masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
3. masukkan telur satu persatu ke dalam adunan tadi, dan masukkan vanilla ekstrak dan kacau lagi.
4. di dalam mangkuk yang lain, satukan tepung gandum, baking powder dan garam (jangan ayak). dan tuang ke dalam adunan koko tadi. kacau hingga sebati.
5. akhir sekali, masukkan kacang walnut yang telah dipecah2kan (dan juga chocolate chip saya letak).
6. tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit bergantung kepada jenis oven di rumah anda.


DONE!

inilah hasilnya. saya buat jadi tebal sebab loyang kecil. resepi suruh letak dalam loyang 8x11 inci.

alamak saje je nk suh tgk dgn kepala senget kan?

senget pun senget la. haha



Tuesday, September 9, 2014

Resepi nasi goreng butter

Hari ini (09092014), aby xbalik rumah sebab terpaksa bermalam di Semporna sebab aby kena jadi pengawas peperiksaan UPSR selama tiga hari. SK Bukit Lalang kalau xsalah ibu. Sekolah tu nak pergi kena naik bot. Kalau aby nak bertolak dari rumah (Tawau), memang aby kena gerak awal dari rumah. Pukul 5 pagi dah kena gerak dah. Ibu kasihan tengok aby, jadi ibu redhakan aje walaupun dalam hati ni takut macam2. Eh, melalut pulak! Sorry! Hee..

So, alhamdulillah Allah takdirkan insyirah tidur untuk bagi ruang ibu memasak makanan tengah hari (kind of petang actually). Ibu terasa nak makan nasi goreng butter. Senang. Insyirah pun boleh makan. Xperlu ibu nak kena masak asing2. Because i have a limited time. Macam time-bomb gitu! Yela, kalau insyirah dah bangun nanti memang xmakan la kita jawabnya. Dah la aby xde. So, Alhamdulillah elok selesai ja masak, insyirah mai jenguk kat pintu dapur (dia bangun dah!). Bau ibu masak sedap la tu sampai terbangun! Haha. So, here goes the recipe..

Bahan-bahan :

- nasi putih
- bawang besar (sebab mmg kt rumah xbeli bwg merah, ghenyah nak kupas)
- bawang putih (dicincang)
- butter/mentega/planta (3 sudu besar)
- ayam dipotong dadu
- telur (2 biji)
- carrot potong dadu
- kacang panjang dipotong kecil2
- serbuk lada putih
- garam

Cara-cara :

1. Masukkan mentega, selepas cair tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan ayam.
3. Masukkan carrot dan kacang panjang.
4. Masukkan telur dan kacau sehingga jadi macam scramble egg tu.
5. Masukkan nasi. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan serbuk lada putih dan garam. Siap!

Mudahkan? Selamat mencuba!!

P/s : resepi ni ditulis dengan simple, pendek, dan ringkas. Faham2 sendiri la kan, kalau lepas masukkan ayam tu tunggu la agak2 sampai dia masak baru masuk sayur2. Hehe. Sukatan pun ikut sesedap rasa je. Ok? Terima kasih kerana membaca! Oh gambar xsempat nak snap sebab perut terlalu tidak sabar minta diisi. Mintak mahap la ye.