Monday, October 13, 2014

Two weeks left...

Salam.

After a long pause with no update, so here's a quick update. Cause its too late right now. Need to sleep. Hehe.

Yeah! Two weeks left for me before i start my new chapter of life as a houseman at Hospital Tawau. These few weeks, i am busy settling everything before i start my work soon. Alhamdulillah. Almost everything had been prepared.

- Insyirah's pengasuh checked!
- medical check-up checked!
- find new house to move in later checked!
- new spectacle half way to go!
- baju batik on the way!
- driving liscence checked!
- practice driving alone checked! Haha (must mention jgak ke?)
- akuan sumpah checked!

And many many others. Fuhh! Yang belum checked! lagi mungkin my knowledge about medicine. Ahhh.. Its been a year already (almost actually). Hehe. My brain need to be polished back. Semua dah lupa. I just hope that everything will be as smooth as smoothie. Slurppp... Haha.

Ok, my PTM (induksi) will be on 27th October 2014. Waaaaaa... I feel like screaming out loud! Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini.



#throwback at Kundasang Heritage Resort & Spa (Perkasa Hotel)

Tuesday, September 9, 2014

Resepi nasi goreng butter

Hari ini (09092014), aby xbalik rumah sebab terpaksa bermalam di Semporna sebab aby kena jadi pengawas peperiksaan UPSR selama tiga hari. SK Bukit Lalang kalau xsalah ibu. Sekolah tu nak pergi kena naik bot. Kalau aby nak bertolak dari rumah (Tawau), memang aby kena gerak awal dari rumah. Pukul 5 pagi dah kena gerak dah. Ibu kasihan tengok aby, jadi ibu redhakan aje walaupun dalam hati ni takut macam2. Eh, melalut pulak! Sorry! Hee..

So, alhamdulillah Allah takdirkan insyirah tidur untuk bagi ruang ibu memasak makanan tengah hari (kind of petang actually). Ibu terasa nak makan nasi goreng butter. Senang. Insyirah pun boleh makan. Xperlu ibu nak kena masak asing2. Because i have a limited time. Macam time-bomb gitu! Yela, kalau insyirah dah bangun nanti memang xmakan la kita jawabnya. Dah la aby xde. So, Alhamdulillah elok selesai ja masak, insyirah mai jenguk kat pintu dapur (dia bangun dah!). Bau ibu masak sedap la tu sampai terbangun! Haha. So, here goes the recipe..

Bahan-bahan :

- nasi putih
- bawang besar (sebab mmg kt rumah xbeli bwg merah, ghenyah nak kupas)
- bawang putih (dicincang)
- butter/mentega/planta (3 sudu besar)
- ayam dipotong dadu
- telur (2 biji)
- carrot potong dadu
- kacang panjang dipotong kecil2
- serbuk lada putih
- garam

Cara-cara :

1. Masukkan mentega, selepas cair tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan ayam.
3. Masukkan carrot dan kacang panjang.
4. Masukkan telur dan kacau sehingga jadi macam scramble egg tu.
5. Masukkan nasi. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan serbuk lada putih dan garam. Siap!

Mudahkan? Selamat mencuba!!

P/s : resepi ni ditulis dengan simple, pendek, dan ringkas. Faham2 sendiri la kan, kalau lepas masukkan ayam tu tunggu la agak2 sampai dia masak baru masuk sayur2. Hehe. Sukatan pun ikut sesedap rasa je. Ok? Terima kasih kerana membaca! Oh gambar xsempat nak snap sebab perut terlalu tidak sabar minta diisi. Mintak mahap la ye.

Wednesday, August 27, 2014

Hadiah ibu untuk aby

Alhamdulillah. Yeay! Barang dah sampai. Waterproof case aby dah sampai. Cari punya la cari pusing satu Tawau (padahal satu mall Servay Jaya tu je) cari Waterproof case ni, tapi tak ada satu pun kedai yang jual. Akhirnya, bukak la "kedaionline". kedai mana lagi kalau bukan dekat instagram. Haha. Cari punya cari, nampak boleh percaya, order la satu! Haha. Ibu beli waterproof case ni dekat ig @ameksstudio. xingat sangat the exact spelling. sorry kalau tersilap. Dalam kepala ingatkan kedai dia ni kat Kay El la u know. haha. Sebab mcm ramai giler follower. Bila amek barang kat Poslaju tengok2 tup2 kat KK aka Kota Kinabalu, Sabah bha. Di centre point. Punyala dok ingat kat sabah ni xdak orang jual natang ni. hekhek. ok. Thats it! Lepas ni bolehla kita selfie2 dalam ayaq laut gitew kan aby kan? because selfie with food is too mainstream. Lets selfie with the fish plak. haha. Okeh. Nin dia casing tu. RM50 termasuk pos.


Sunday, July 13, 2014

Resipi Kuih Qasidah

Salam ramadhan semua.

Alhamdulillah. Dah separuh bulan kita berpuasa. Beberapa hari lepas teringin nak makan kuih Qasidah. Dah lama tak buat. So, google lah resipi, dan terjumpa satu resipi ni yang banyak blogger pakai and tulis dekat blog diorang. So, cubalah resipi tu dan alhamdulillah jadi! Dan husband and jiran pun puji kata sedap. Alhamdulillah, seronok bila orang suka apa yang kita masak kan? Hehe. Ok, here goes the recipe,

Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 6-7 sudu besar gula
- secubit garam (sikit je)
- air kapur (cair) *saya xguna pun. Sebab xde.

Cara :
- campurkan semua bahan2 di atas dan masakkan di atas api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk mengelakkan tepung berketul dan supaya ianya sebati. Jangan berhenti mengacau. Kacau sampai pekat dan berkilat. Memang boleh kuruskan tangan kalau buat kuih Qasidah ni. Bila dah masak tuangkan ke dalam loyang atau bekas atau yang sewaktu dengannya.

Untuk toppingnya pulak, chewwah!! :
- Gorengkan 5 biji bawang merah yang telah dihiris nipis dengan 5 sudu minyak masak. Masak sehingga jadi bawang goreng. Kaler coklat, jangan sampai hangus pulak ye. Dah masak, tuangkan atas adunan tepung dalam loyang itu tadi bersama-sama minyaknya. Biarkan ia menyejuk. Done!

Mudahkan? Selamat mencuba!~


Tuesday, June 24, 2014

Kax. Ape tu?

Salam.

Hehe. Just a short update! Saje nak tulis sebab xboleh tidoq, perut lapaq, badan malas nak bangun, kaki malas nak jalan turun bawah.

So, semalam ibu ada latihan memandu kt IMC (institut memandu cemerlang). Dah bawak g jalan raya. Oh oh syoknya! Dalam hati tgh control and fokus je sebab bawak keta dekat jalan raya. Huhui.. Best jgak rasanya! Yela, best kalau tahu jalan. Xtahu jalan, sesat, stress saja! Ibu bawak keta ni xleh lebih sejam dah hilang fokus and xlarat dah. Haha. Apo la. Ngade betui! Cikgu Omar kata kat ibu, "ini kena jogging selalu ni." Bila dia tgk ibu dah penat xlarat bwk keta. Kui3. Nampak sgt x energetic. Phew =.='

So, after latihan memandu aby pegi celcom. Wat ape? Haaaa... Dari malamnye lagi aby dah berkobar2 pasang niat nak g tebus hadiah patung kax ni haa.. Bukan main lama nak tebusnya pun. Ponek ibu tunggu dalam kete. Syirah tdo atas ibu. Akhirnya dapat la dua ekoq kucing. Sekoq kaler biru sekoq kaler pepel. Pakau jersey German n italy. Demam bola jugak kucing ni ha.. Aicehh..

Ni le ghupenye kax tu. Besor.jugak ghupenye. Ingatkan besaq keychain je. Huhu. Rezeki2.. Rezeki toys baru utk syirah la.. Mia Kax and Joey Kax!

Sunday, June 15, 2014

2 in 1

Salam.

Semalam 15/6/2014 merupakan satu tarikh melibatkan dua peristiwa penting. Chewwah! Penting la sangat. Xde. Kebetulan jatuh pada hari yang sama. Ok. What whas it?

- ulangtahun kelahiran ibu yang ke? Berapa eh? Erm jap nak kira... 2014-1989 = 25. YES... 25 years. Alhamdulillah

- keduanya, hari final exam master degree aby. Yeay!! Congrats aby! Semoga nanti insyirah rajin belajar mcm aby ye. Jangan jadi mcm ibu. Ibu kurang rajin sikit dari aby. Hehehe...

And today, bini kedua aby dah sampai.. Hukhukhuk... Nak tengok xrupa dia? Ni dia....

Thursday, June 5, 2014

Before my memory lost..

Sebelum terlupa, sebab memang selalu terlupa dan akan lupa... Nak coretkan dekat sini nama doktor yang sambut kelahiran husna insyirah di Mesir on 8th july 2013.. Dr.Nehad namanya.. Bersama2 anak perempuannya.. Both of them O&G.. Sangat2 baik kedua2nya.. Keramahan mereka membuatkan ibu selesa lahirkan insyirah di sana.. Saat2 cemas bertukar menjadi tenang... Disuruh ibu mengikut bacaan2 doa yang dilafazkannya sebelum memulakan proses csec.. Diulang beberapa kali.. Kalau nak ceritakan semuanya amatlah panjang... Alhamdulillah selamat semuanya.. Nanti insyirah dah besar boleh la ibu ceritakan semuanya.. And now, lagi 2 hari insyirah 11 bulan.. Membesar dan melihat perkembangan insyirah membuatkan hidup2 lebih bermakna dan bahagia.. Terima kasih ya Allah kerana menghadirkan cahaya mata qurratu ain kepada kami suami isteri..

Wednesday, April 23, 2014

After a long pause........

Bismillah..

Banyak benda nak update. Sebab lama sangat xmenulis. Insyirah dah 9 bulan dah. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Ok cerita pasal insyirah

- gigi dah tumbuh 2 batang waktu umur 8 bulan akhir2 nak masuk 9 bulan. Ibu da tak ingat tarikh. Ok so far dah 2x insyirah gigit bahu ibu waktu ibu tengah mandikan insyirah.

- harini insyirah baru lega demam panas after 3 days witg fever. And lega je demam naik rash kat muka m badan. Jumpa doktor klinik keluarga doktor cakap its just a viral exanthema. Ibu lega sangat.

- oh ya, right now insyirah dengan ibu ada dekat semenanjung. Balik 15hb rtu. Sungguh adventure ibu travel dengan insyirah yg super aktif nih. Pheww~ di KLIA jumpa tokwan then balik sekali ke aloq staq! Ekceli mmg da plan balik waktu tokwan datang KL. Sebab ibu tahu how was it bila travel sensorang dngan anak kecil. Hihihi.

- berat insyirah pada 14/4/14 (cantik jugak tarikh ni. Haha) about 7.8kg... Agak2 je ni sebab insyirah meronta2 atas penimbang. Huu.. Anakku!

Ok update apa lagi ye?

Urm alhamdulillah ibu dah grad dengan jayanya!! Hohoho.. I feel so freeeeeee.. Dan dengan hormatnya, ibu sekarang menganggur sepenuh masa. But sambil2 tu ada wat bisnes sket. Cari duit.

Ibu balik semenanjung ni sebab nak setelkan baaanyak benda. Daftar mmc, kkm, mara and mykid insyirah yang lama sangat dah xsiap2 lagi. Phew.

Dan sekarang ibu dengan insyirah rindu sangat dengan aby. Wuwuwu. Cepatla balik aby. We miss you lots! :-*

Wednesday, February 26, 2014

Many many happy returns

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah...
Banyak perkara yang patut disyukuri kerana terlalu banyak nikmat dan kasih sayang yang melimpah ruah Allah bagi.

Baru-baru ni result sem 3 hubby keluar and hubby dapat good pointer. Alhamdulillah! Semalam new BIG baby dah sampai. Haha. And semalam jugak (26/2/2014) result final year yang ditunggu tunggu sudah keluar! Alhamdulillah. Setelah 6 tahun setengah memaksa diri untuk menghabiskan jugak degree course in medicine akhirnya grad jugak! Alhamdulillah!! Weeeeeeeee!! Dalam hati hanya Allah yang tahu. Verily, He heard every prayer that we made and ask from Him. So, dont ever lose hope! Ok?

Sekarang hati dah tenang sebab dah boleh start next plan. And xpayah runsing2 fikir nak kena balik egypt balik ke tak. Seriously Im gonna miss all this soon. Egypt will always remain in my memory forever (selagi xkene dementia or Alzheimer la).

Above all, He is the best planner! THANK YOU ALLAH!

Monday, February 24, 2014

Alkisah rumah baru

Salam.

Hari Sabtu lepas seharian keluar mencari barang rumah. Cari and survey2 perabot and tikar getah sebab hujung minggu saja la yang free. Hari-hari sekolah aby sangat busy. Keluar tengah pagi lepas subuh balik pulak lewat petang. And adat bila nak membeli, yang mana berkenan itula yang xde stok. So, redhakan hati beli tikar getah yang kalernya gelap sedikit. T_T If anyone yang duduk sekitar Sabah, kalau nak cari tikar getah beli yang jenama Maslino sebab lebih tebal and susah nak koyak. I dont know if this brand ada di Semenanjung or not. Balik rumah tidurkan insyirah baru la boleh start pasang tikar. Alhamdulillah. Ponat eh! Nampak macam senang je. Nak angkat tikar ni saja memang xterangkat lah. Ibu tolong aby pasangkan tikar kat bawah. Nanti kalau tetamu datang selesa sikit. Tunggu sofa pulak sampai nanti ye!

Monday, February 17, 2014

Photoshoot day!

Salam.

Today, we went to Penang. Insyirah ada appointment dekat Penang General Hospital. After finished meeting with the doctor, we went back. On our way back, singgah di Sungai Dua. Pergi ke kedai Jeruk Madu Pak Ali. We bought some jeruk yang dipesan oleh kawan-kawan husband di Sabah. Perut mula terasa lapar. Seperti biasa, akan singgah di Tesco Seberang Jaya.

Selepas makan, saja singgah di kedai kamera. Tersangkut pulak dengan baby contest yang dianjurkan kat situ in conjunction dengan tesco sendiri. Lagipun dia akan cuci gambar bagi dekat kita terus. Itu yang best tu sebab zaman sekarang orang dah malas cuci gambar, semua tangkap and stay dalam handphone, tab aje. Pastu hilang. huhu. So, amek peluang konon nak masuk contest tapi sebenarnya nak gambar je. So, Insyirah pun berphotoshoot lah! weeeee! tangkap punya tangkap dekat 101 gambar. Here goes some pictures, tadaa!






comel x saya?



hehe. terima kasih membaca! buibui~

Thursday, February 13, 2014

Crawling award!

Bismillah.
Alhamdulillah today 14th Feb of 2014, Insyirah can crawl forward sepenuhnya without reverse!! I am a happy mum!! Excitedly she crawl towards me when she saw i am preparing her semisolid food (mashed banananana...) huhu. I am the one who got shocked to see her like that. Ha ha ha. So, im thinking that i have to be extra careful from now on about her safety especially if she is on the bed. Phew. Fyi, insyirah has turned 7 month last 8th Feb. Alhamdulillah. She grown up so fast!

This evening we are going to fly back to semenanjung for insyirah's appointment at Penang GH on Monday.


penat tunggu abi dalam kereta, kita selfie!

Thursday, January 9, 2014

Buffalo day!!

Bismillah..

Yesterday, 8th Jan 2014
- Exam MCQ O&G. Alhamdulillah tinggal satu hari exam je lagi sebelum habes final (20 jan). Seriously xsabar nak balik!! Ya Allah mudahkanlah urusan dunia dan akhiratku. Aameen.

- Lepas exam MCQ ada sesi fotografi batch memandangkan ada yang akan balik immediately after exam nnt (saya lettew!). Hehe.

- Balik umah dah penat xlarat masak, ajak housemate makan luar kat Jakarta Resto (JKT). Dalam hati kata konpem dak2 batch pun letih n pakat makan kat luar jgak. Sampai2 je JKT penuh org. Semua dak batch pulak tu! Ahaha. Rasa mcm reunion kecil je. Sedih la pulak rasa dah nak habis belajar sini. Seriously akan rindu suasana and everything kat sini. (Mcm2 kenangan kot!).  ;)

Friday, January 3, 2014

Insyirah's new achievement!

Salam.

Yesterday, Friday 3rd Jan 2014, 0313

Mom texted me,
"Ciwah dah ngesot pi blkg dah"

Since it was my first time as a mother, I was like, REALLY?? I was so so so happy to hear that. She's grown so fast! I couldn't see her new milestone with my own eyes. So sad. After all I'm really grateful for His blessings that had made ease for everything while I'm away. I can't imagine if something bad happened or maybe her development is not quite much and slower than her cousin, how am I going to feel at ease like now. I'm a little bit concern about her milestone because she was born premature. About a month and half earlier than the EDD. Plus, I'm far far away from my baby girl. Just can watch from far.

And just now, mom send a picture of her and said,
"Tgk ni"
"Dh sampai dinding dah"



Hahaha. Mengesot ke blkg sampai dinding then cannot reverse anymore. There you go girl! Ibu so happy with you! clap3x*

Also, makteh told me that now she had to sing a twinkle twinkle song to make Insyirah sleep. Insyirah fall asleep easily after makteh sang her the twinkle twinkle little star song. Amboi anak ibu ni! Kemain dia ye! Lullaby bagai~ hehe ;)

Semoga Insyirah kenal and mahu dekat ibu bila ibu balik nanti. Huhu T_T
I love you sayang.

Wednesday, January 1, 2014

Bayangan rindu

Macam mana ni? Dari beberapa jam yang lepas masih xberubah. Dok muka surat tu jugak.. Pandang je nota, terbayang teringat anak. Baca satu ayat, teringat anak. Ulang balik baca teringat anak. Bila boleh habis study ni? Exam lagi berapa hari je lagi. Tsk tsk. Ya Allah, aku sungguh lemah. Tiada daya melainkan kekuatan dariMu sahaja. Pinjamkan ku secubit kekuatan dan ketenangan dalam hati ini untuk terus berusaha. Sikit saja lagi. Bertabahlah duhai hati. Ibu rindu insyirah. Ibu rindu aby. Ibu rindu sayang sayang ibu. Ya Allah, Engkau tolong jagakan orang2 yg kusayang sepanjang ketiadaan ku di sisi mereka ya Allah. 20 days more. Please bear it for a little bit more.